Sukan Orang Pekak Asia Tenggara

Sukan Orang Pekak Asia Tenggara atau SEADG merupakan satu temasya sukan dwitahunan yang dikhaskan untuk warga pekak di Asia Tenggara. Temasya ini mula diadakan pada tahun 2022 di Kuala Lumpur, Malaysia.Temasya ini mula diadakan hasil kerjasama antara Persekutuan Sukan Orang Pekak ASEAN dan Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia.[1]

Sukan Orang Pekak Asia Tenggara

Singkatan SEADG
Diadakan pada setiap dua tahun
Edisi pertama 2022 di Kuala Lumpur
Kegunaan Kejohanan pelbagai acara untuk warga pekak di Asia Tenggara
Edisi seterusnya 2024 di Indonesia